Sunday, 25 March 2012

Minggu ke3 (multimedia courseware design fundementals)

Harini kuliah ke3 Dr J..huhu..mcm biase lmbt lg le alamatnye...

Mmmg lambat...

dah lama x update blog ni...macam2 kekangan yg xdpt di elakkan..suami accident...nasib baik tiada apa2..dengan pra audit 5S lagi kt skolah..huhu..sangat meletihkan...bersabar aje le..

aik ni  lebih pada luahan perasaan ni...

ok berbalik pada topik minggu ke3 yg baru nak di update ni...
Apa itu rekabentuk perisian multimedia?
Apa tujuan rekabentuk perisian ini?

i) bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna
ii) dan akan tercapai apabila isi kandungan berjaya sampai kepada pengguna dengan berkesan

Terdapat 4 asas yang penting dalam mereka bentuk perisian multimedia:
1. Isi kandungan (Topik) - designer perlu kenalpasti topik atau kandungan yang ingin di ajar berdasarkan pada beberapa faktor antaranya topik tersebut sukar di ajar secara chalk and talk dan perlu dipersembahkan secara multimedia supaya pelajar lebih memahami...
2. Teknologi - teknologi yang diguna pakai perlu sesuai dengan pengguna dan perkembangan semasa
3. Visual - perlu menarik dan sesuai bertepatan dengan umur pengguna
4. Ekonomi  - perisian yang ingin dihasilkan jangan terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh semua golongan

keempat-empat aspek ini saling berkait dan perlu di ambilkira oleh designer.

maka, designer perlu membuat perancangan yang teliti dalam mereka bentuk perisian supaya tidak terlalu 'over' ataupun terlalu 'outdated'. ianya perlulah seimbang.

Terdapat 3 bahagian rekabentuk perisian multimedia :
1.Information design - merupakan maklumat berkaitan dengan topik, strategi, learning stlye dan pengguna yang akan menggunakan software yang bakal dihasilkan oleh designer
2. Interaction design- bagaimanakah software tersebut berinteraksi dengan pengguna, berkesan atau tidak. di sini designer perlu memikirkan bagaimana bentuk interaksi software itu, adakah pengguna perlu aktif atau sebaliknya.
3. Visual design- perlu sesuai dengan tahap pemikiran dan kematangan pelajar di samping dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan perisian yang dihasilkan...

kesimpulannya, ketiga tiga bahagian rekabentuk ini penting tetapi yang perlu dan paling sukar sekali adalah dalam fasa information dan interaction design. hal ini kerana designer perlu betul-betul pasti faktor di samping cuba memikrikan bagaimana ingin menghasilkan perisian yang menarik minat bertepatan dengan learning style dan sesuai dengan pembelajaran yang aktif.

No comments:

Post a Comment