Sunday, 25 March 2012

Minggu ke4 ( Information design : Strategy dan Learinng Theory)

Hye...wah..update blog berganda-ganda..maklumla mom's to be terpaksa update gini..ditambah pula dengan line broadband yang suam-suam kuku ni..dan ala-ala chipsmore kejap ada, kejap tak ada.kalo kat SMV Perd..'dilarang keras' membuka internet fb apatah lagi...tp apa tujuan wifi  kt skolahtu yer??xfaham...maklumla..saya baru berpindah ke sini...

okies back to our reflection about week 4,
Apa itu strategy?

Strategi ni macam perancangan sebelum sesuatu courseware tersebut dibangunkan...
terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan antaranya :
1. Learning theories contohnya Behaviourist, Cognitive atau Contructivisme
2. Learning/ Teaching strategy ,contohnya Simulation, drill and practice  dan byk lagi...
3. Learning Style contohnya  Active learning, Cooperative learning, PBL (problem based learnig)....

Pada pandangan saya, ketiga -tiga faktor ini penting kerana ia perlu sesuai mengikut tahap pelajar.sebagai contoh, pelajar sekolah rendah tidak sesuai menggunakan perisian yang terlalu contructivisme. hal ini kerana tahap pemikiran dan kematangan pelajar tersebut masih rendah dan sukar untuk menerima. seterusnya akan menjurus kepada kebosanan dan perasaan tidak mahu menggunakan perisian tersebut.
Berbanding dengan pelajar menengah pula, mereka perlu belajar melalui kombinasi teori-teori berdasarkan kepada mata pelajaran tertentu. sebagai contoh, mata pelajaran kimia pelajar tingkatan 4 perlu mempelajari bagaimana menulis formula kimia, sedangkan semasa di tingkatan 3 mereka belum pernah di dedahkan dengan jadual berkala. maka, designer perlu menggabungkan kombinasi antara teori behaviour dan konstuk sebagai contoh. hal ini supaya pelajar yang menggunakan perisian tidak tertekan di samping dapat meningkatkan motivasi kendiri pelajar tersebut.

Minggu ke3 (multimedia courseware design fundementals)

Harini kuliah ke3 Dr J..huhu..mcm biase lmbt lg le alamatnye...

Mmmg lambat...

dah lama x update blog ni...macam2 kekangan yg xdpt di elakkan..suami accident...nasib baik tiada apa2..dengan pra audit 5S lagi kt skolah..huhu..sangat meletihkan...bersabar aje le..

aik ni  lebih pada luahan perasaan ni...

ok berbalik pada topik minggu ke3 yg baru nak di update ni...
Apa itu rekabentuk perisian multimedia?
Apa tujuan rekabentuk perisian ini?

i) bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna
ii) dan akan tercapai apabila isi kandungan berjaya sampai kepada pengguna dengan berkesan

Terdapat 4 asas yang penting dalam mereka bentuk perisian multimedia:
1. Isi kandungan (Topik) - designer perlu kenalpasti topik atau kandungan yang ingin di ajar berdasarkan pada beberapa faktor antaranya topik tersebut sukar di ajar secara chalk and talk dan perlu dipersembahkan secara multimedia supaya pelajar lebih memahami...
2. Teknologi - teknologi yang diguna pakai perlu sesuai dengan pengguna dan perkembangan semasa
3. Visual - perlu menarik dan sesuai bertepatan dengan umur pengguna
4. Ekonomi  - perisian yang ingin dihasilkan jangan terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh semua golongan

keempat-empat aspek ini saling berkait dan perlu di ambilkira oleh designer.

maka, designer perlu membuat perancangan yang teliti dalam mereka bentuk perisian supaya tidak terlalu 'over' ataupun terlalu 'outdated'. ianya perlulah seimbang.

Terdapat 3 bahagian rekabentuk perisian multimedia :
1.Information design - merupakan maklumat berkaitan dengan topik, strategi, learning stlye dan pengguna yang akan menggunakan software yang bakal dihasilkan oleh designer
2. Interaction design- bagaimanakah software tersebut berinteraksi dengan pengguna, berkesan atau tidak. di sini designer perlu memikirkan bagaimana bentuk interaksi software itu, adakah pengguna perlu aktif atau sebaliknya.
3. Visual design- perlu sesuai dengan tahap pemikiran dan kematangan pelajar di samping dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan perisian yang dihasilkan...

kesimpulannya, ketiga tiga bahagian rekabentuk ini penting tetapi yang perlu dan paling sukar sekali adalah dalam fasa information dan interaction design. hal ini kerana designer perlu betul-betul pasti faktor di samping cuba memikrikan bagaimana ingin menghasilkan perisian yang menarik minat bertepatan dengan learning style dan sesuai dengan pembelajaran yang aktif.